~~L.O.V.E.~~

~~L.O.V.E.~~

Monday, October 12, 2009

al-Fatihah...

sahabat aku,Syahidah Ahya telah kehilangan ayhnya pd 3 oktober 2009..al-fatihah

Monday, October 5, 2009

PEMIMPIN YANG TULEN

Ramai orang dewasa ini berebut-rebut hendak mjadi pemimpin atau ketua.Bagi mereka yg menyedari tentang besarnya risiko memegang jawatan sebagai pemimpin,sudah tentu keberatan menerima jawatan tersebut.Lebih2 pd zaman politik ini,ramai ahli2 politik terlibat dengan masalah rasuah terutamanya.Malahan menunjuk2 apabila membuat kebajikan.

Begitu juga dgn Saidina Umar yg dilantik sebagai khalifah selepas kematian Saidina Abu Bakar.Saidina Umar sangat mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya.Pada suatu malam sedang dia meronda disekeliling kota & kampung untuk melihat perihal rakyatnya,dia terdengar tangisan kanak2.Saidina Umar menghampiri pondok buruk tempat tinggal kanak2 itu.

Dia mendengar ibunya menjerang sesuatu.Kanak2 tadi senyap seketika apabila melihat ibunya memasak.Namun,masakannya tak siap2 sehinggalah anaknya tertidur dalam kelaparan.Melihat keadaan yang menyayat hati itu,Saidina Umar memberi salam & minta izin untuk masuk.Saidina Umar bertanya tentang perihal kehidupan wanita itu.Wanita itu mengadu yang dia & anaknya sudah berhari2 x makan.Apabila anaknya menangis hendakkan makanan,dia berpura2 memasak beberapa ketul batu ke dalam periuk.Melihat keadaan itu,anaknya diam sebentar kerana menyangka ibunya memasak sesuatu.

Wanita itu mengadu & mengutuk Khalifah Saidina Umar kerana x brtanggungjawab terhadap rakyatnya.Mendengar aduan wanita itu,Saidina Umar terdiam sejenak.Kemudian dia memohon diri meninggalkan keluarga wanita itu.Dalam kegelapan malam,Saidina Umar terus menuju ke Baitul Mal lalu mengambil sendiri beberapa pundi gandum untuk dihantar ke rumah wanita tersebut.

Tak lama kemudian,Saidina Umar memberi salam & masuk ke rumah wanita tersebut buat kali kedua. Dia mengambil gandum dari pundi terus memasakkan untuk wanita itu & anaknya.Wanita itu tidak sedar bahawa orang yg datang membawa gandum & memasak itu sendiri adalah khalifah Saidina Umar.Setelah siap,Saidina Umar sendiri menghidangkan makanan untuk keluarga itu.

Melihat mereka gembira mengadap makanan,Saidina Umar berasa amat senang hati & beredar dari situ."Kalaulaj Saidina Umar buat begini,alangkah baiknya…"kata wanita itu tanpa menyedary yang berada dihadapannya ialah Saidina Umar sendiri.

MORAL & IKTIBAR

· Tanggungjawab sebagai pemimpin amat berat.Mengikut Nabi SAW setiap kita adalah pengembala & akan ditanya tentang haiwan gembalaannya.ini bermaksud kita akan dipersoal tentang orang di bawah jagaan kita.

· Pemimpin yg benar2 bertanggungjawab terhadap rakyat sentiasa memastikan kebajikan mereka dijaga dengan baik tanpa perasaan menunjuk2.

· Pemimpin tulen ialah mereka yang sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat lebih daripada kepentingan diri sendiri.

· Amalan ikhlas tanpa mengharapkan pujian makhluk adalah satu amalam yg terpuji.

· Setiap pemimpin(raja,menteri atau wakil rakyat) sepatutnya sanggup turun padang setiap ketika untuk melihat sendiri kehidupan rakyat & hulurkan bantuan kepada mereka yg miskin & memerlukan dengan ikhlas kerana Allah,bukan mengharapkan sanjunagn & pujian.

· Kegagalan seorang pemimpin menradbir negara dengan adil & saksama akan menyebabkan dirinya jauh dari syurga & hampir dengan neraka.

· Walau setinggi manapun pangkat & darjat kita takkan dinilai Allah.Apa yang diambil kira ialah amalan yg ikhlas untuk Allah.

· Untuk keselamatan dunia & akhirat hendaklah kita mencontohi pekerti Rasulullah SAW & sahabat2 Baginda.

· Pemimpin yg baik ialah mereka yg sanggup mendengar kritikan rakyat serta mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah tanpa bertangguh.

BuDaK yAnG tOmEi..

BuDaK yAnG tOmEi..